PENGALAMAN MENGIKUTI MARA ASSESSMENT CENTRE “MAC” FEBRUARI 2020 UNTUK JAWATAN PEGAWAI EHWAL EKONOMI GRED E41
Assalamualikum wbt,
Harini saya
ingin berkongsikan serba sedikit pengalaman peribadi saya mengikuti sesi
pemilihan Pegawai Ehwal Ekonomi MARA gred E41 melalui program yang dikenali
sebagai MARA ASSESSMENT CENTRE
Pada awal bulan
Januari 2020, Majlis Amanah Rakyat@MARA telah membuka peluang kepada rakyat
Malaysia yang mempunyai kelayakan akademik, berpengetahuan tinggi dan mempunyai
ciri-ciri keterampilan yang unggul untuk menjawat pelbagai jawatan yang
ditawarkan.Berikut
merupakan Iklan jawatan kosong di MARA,maklumat lanjut berkenaan kekosongan
tempoh hari
boleh didapati terus menerusi laman sesawang MARA di http://online05.mara.gov.my/vacancy3/.
Kesemua jawatan yang ditawarkan ini boleh dimohon secara online di laman sesawang http://online05.mara.gov.my/vacancy3
Permohonan
jawatan kosong yang ditawarkan boleh dibuat terus menurusi laman sesawang
tersebut.Berdasarkan pengalaman saya sendiri, Permohonan jawatan kosong MARA
secara online ini sangatlah ringkas, mudah dan mesra pelanggan.
Alhamdulillah,
selepas lebih kurang 3minggu memohon, saya telah mendapat maklum balas dari
pihak MARA, dan Berjaya ditawarkan ke Program MARA ASSSESSMENT CENTRE untuk
jawatan Pegawai Ehwal Ekonomi E41. Ini
Email yang saya terima. Perasaan pada ketika itu sangatlah happy, excited dan
nervous juga sebab ini merupakan temuduga pertama saya dalam perkhidmatan awam.
Email diterima
pada tarikh 11Feb2020 dan Program assessment itu berlangsung pada 19Feb2020,
jadi disini saya mempunyai masa persediaan lebih kurang 8 hari. Jadi saya
menggunakan masa yang agak panjang ini untuk memaksimum persediaan saya untuk
menghadapi program pemilihan tersebut. Saya percaya bahawa jika kita gagal
untuk bersedia, kita sebenarnya bersedia untuk gagal, so always be 100%
prepared.
Antara persiapan
yang saya telah lakukan adalah dari segi:
- 1. Pengetahuan AM, isu2 semasa Negara, berkenaan MARA
- 2. Penyediaan Dokumentasi - Boleh rujuk link ini https://www.kerjakini.com/2017/07/tatacara-penyediaan-dokumen-temuduga.html atau rujukan2 yang lain
- 3.Etika Pemakaian – Boleh rujuk https://www.jawatankosong.net/tips-berpakaian-semasa-temuduga/
Pada hari
kejadian, saya telah tiba di lokasi program di MARA-JAPAN INDUTRIAL INSTITUTE
seawal jam 7Pagi. Seramai lebih kurang 500 orang calon untuk pelbagai jawatan
dari Gred 11 hingga ke Gred 41 telah menghadiri program tersebut. Untuk jawatan
Pegawai Ehwal Ekonomi E41, jumlah calon lebih kurang 150 orang untuk hari
tersebut sahaja.
Saya telah
difahamkan bahawa, program assessment ini telah berlangsung selama 5 Hari iaitu dari 17Feb2020
sehingga 21Feb2020. Sesi saya adalah pada
hari-3, Rabu bersamaan 19Feb2020. Jadi secara statistiknya untuk jawatan E41, saya
anggarkan jumlah keseluruhan calon yang hadir adalah lebih kurang 750-1000
orang jika jumlah purata yang hadir pada hari pertama hingga ke-5 adalah
seramai 150 dan 200 orang. Jadi, keberangkalian untuk Berjaya dalam temuduga
ini adalah 1/1000 = 0.001 jika hanya 1 jawatan kosong yg untuk dipenuhi.
Setakat maklumat yang saya perolehi, saya tidak mengetahui berapa ramai yang
diperlukan untuk jawatan E41 ini. Walaupun keberangkalian Berjaya ini agak
kecil, apa yang penting adalah kita harus mencuba sedaya upaya dan percaya
kepada rezeki Allah.
Secara asasnya,
Program MARA ASSESSMENT CENTRE ini mempunyai 4 komponen teras yang akan dilalui
oleh semua calon-calon program ini. 4 komponen tersebut adalah:
- Ujian Kecergasan@ Beep Test
- Pengucapan Awam @Public Speaking
- Sesi Temuduga
- Ujian Psikometrik
Saya akan
ceritakan satu persatu berkenaan komponen teras ini.
UJIAN KECERGASAN@BEEP TEST
Image1: Para calon MAC get ready untuk ujian Beep Test
Komponen pertama
yang harus dilalui oleh kesemua calon program ini adalah ujian kecergasan. Ujian
Beep Test telah digunakan untuk menguji tahap kecergasan bakal pegawai tinggi kerajaan
ini. Apa itu beeptest, ujian ini digunakan untuk melihat tahap kemampuan system
kardiovaskular seseorang. Untuk memahami secara visual berkenaan Bleeptest anda
boleh klik di link ni: https://www.youtube.com/watch?v=8ZfoVOL70b4
. Berdasarkan pengalaman saya disini, untuk ujian ini tiada LULUS/GAGAL, semua
perserta hanya perlu mengikut sahaja ujian ini, so rezeki awal kepada
calon-calon yang mempunyai kecergasan yang rendah atau mempunyai sakit seperti
asma. Secara peribadinya, saya telah melalukan sebaik mungkin untuk menunjukkan
tahap kecergasan saya dalam ujian ini. Alhamdulillah saya telah Berjaya
menghabiskan ujian ini pada tahap yang tertinggi ditetapkan pada haritu itu ,
iaitu BEEP TEST LEVEL 6.
Image 2: Ilustrasi Ujian Beep Test
PENGUCAPAN AWAM @PUBLIC SPEAKING
Image 3: Public Speaking
Sumber gambar: inc.com
Selepas sahaja
tamat ujian bleep tadi, calon dikehendaki segera bersiap sedia untuk meneruskan
komponen ke-2 iaitu public speaking. Calon diberi masa 10Minit untuk menukar
pakaian formal untuk komponen2 yang seterusnya. Just bayangkan selepas buat
ujian bleeptest tadi, masih dalam keadaan kepenatan dan berpeluh lenjun, semua
calon perlu bergegas untuk menukar pakaian formal dan bersiap sedia untuk ujian
seterusnya iaitu public speaking.
Image 4: Contoh Borang Penilaian Public Speaking
Image 5 : No.ID Mara Assessment Centre 2020
Untuk ujian
pengucapan awam@public speaking ini, calon-calon akan dibahagikan kepada
beberapa kumpulan mengikut nombor daftar ID Mara Assessment Centre(MAC). No ID
saya ketika itu adalah number 22. Selepas dibahagikan mengikut
kumpulan-kumpulan kecil, kumpulan saya mempunyai 6 orang calon termasuk diri
saya, kami telah diarahkan untuk pergi ke bilik ujian pengucapan awam. Ujian
ini dilakukan secara individu dan dinilai oleh seorang pegawai. Masa yang diperuntukan
untuk pengucapan awam ini adalah 5Minit. Topik pengucapan awam adalah dipilih secara
rawak dan peyampaiannya dalam Bahasa inggeris, so as a future government
officer, we must be able to fluently and confidently communicate in English.
Bagi yang dah biasa dengan pengucapan awam ni, mungkin ini satu advantage untuk
mendapatkan markah yang tertinggi dalam ujian ini. Saya secara peribadinya
adalah moderate dalam kemahiran pengucapan awam, jadi saya berazam untuk
menjadi lebih mahir lagi dalam kemahairan ini. So kepada semua yang berimpian
untuk menjawat jawatan pegawai tinggi kerjaan terutama gred 41, pastikan anda
mengasah kebolehan pengucapan awam ni. Ini disebabkan rata-rata program assessment
perkhidmatan awam mempunyai komponen pengucapan awam@public speaking. So be
ready guys.
SESI TEMUDUGA
Image 6: Group Interview
Sumber gambar: best-job-interview.com
Selepas tamat
ujian pengucapan awam, sesi seterusnya adalah sesi temuduga. The ultimate
session of the day, of course the interview. Sesi ini yang bakal menentukan
sama ada awak DAPAT@TAK jawatan yang dipohon. Sesi temuduga ini telah
dijalankan dalam format GROUP INTERVIEW. Honestly speaking, ini merupakan
pengalaman pertama saya berinterview dalam format group interview. Jadi,
perasaan pada ketika itu sangat la EXTREME NERVOUS. Kumpulan saya terdiri dari
5 orang calon yang kesemuanya mempunyai kekuatan dan keunikan masing-masing.
Dua daripada mereka mempunyai kelulusan MASTER dan selebihnya mempunyai
pengalaman kerja yang luas. Fuh, memang hebat mereka semua. Panel temuduga pada
haritu terdiri daripada 3 orang pegawai MARA. Saya tidak mengetahui jawatan
mereka dan kepakaran mereka pada ketika itu, kerana tiada maklumat awal yang
diperolehi oleh saya sebelum sesi temuduga dijalankan. So I assume pegawai
tersebut mempunyai kepakaran dalam hal ehwal ekonomi MARA. Sesi temuduga itu
telah berlangsung lebih kurang 20-25Minit.Sesi ini mulakan dengan sesi
introduce yourself oleh kesemua calon. Sesi ini dijalankan dengan dual-language
iaitu BM&BI, jadi jika panel tanyakan soalan dalam BM, jadi calon lebih elok
menggunakan BM dan sebaliknya. Seperti
biasa soalan2 yang diajukan oleh panel seperti KENAPA NAK KERJA DENGAN MARA dan
beberapa soalan teknikal berkenaan dengan isu semasa MARA. Jadi disini,
pengetahuan yang mendalam berkenaan MARA sangatlah diperlukan.
Image 7: Borang Senarai Semak Aktiviti Mac. Alhamdulilah selesai kompenen 1 - 3
UJIAN PSIKOMETRIK
Image 8: Inventori Personaliti Sidek
Ujian psikometrik
adalah komponen terakhir dalam program MAC ini. So, apa itu ujian psikometrik?
Adakah ia untuk menyaiko anda? Hahaha. Actually Ujian Psikometrik ini adalah
salah satu dari kaedah yang digunakan untuk menapis calon yang ingin memasuki
bidang perkhidmatan awam. Untuk MAC ini, ujian psikometrik yang digunakan
adalah INVENTORI PERSONALITI SIDEK (IPS). IPS mengandungi sebanyak 160 Soalan
dan jawapannya berbentuk objektif YA/TIDAK. IPS ini bertujuan untuk mengenal
pasti ciri-ciri atau tret-tret personaliti individu. Anda boleh google lebih
lanjut berkenaan IPS ni. Masa yang diperuntukan untuk menjawab kesemua 160
soalan ini adalah 45minit. TIPS untuk menjawab IPS Ini adalah “Jawab dengan JUJUR”. Ini kerana IPS mengandungi skala penipuan untuk menentukan
kejujuran responden dalam menjawab item ujian. Jadi , better jawab semua
soalan-soalan IPS ni dengan penuh kejujuran.
Image 9: Appreciation Post di Facebook Personal Saya
Alhamdulillah, Berjaya
juga saya menghabiskan semua komponen di dalam program MAC ni. Saya ingin ucapkan ribuan terima kasih kepada pihak MARA kerana telah sudi memberikan saya satu peluang
untuk menguji kemampuan diri dalam program MAC ini. Insyallah, jika diberi
rezeki untuk menjawat jawatan E41 ini, saya akan cuba sebaik mungkin untuk
berkhidmat untuk MARA, masyarakat, agama dan negara tercinta. Good luck kepada
semua calon.just remember rezeki tak datang cepat atau lambat, yang pasti rezeki tak pernah salah alamat. Sekian sahaja perkongsian saya.
Terima kasih.
Image 10: Gambar Kenangan Di MARA-JAPAN INDUSTRIAL INSTITUTE, 19 February 2020. Program Mara Assessment Centre untuk jawatan Pegawai Ehwal Ekonomi E41
Assalam bro, result dh kluar ke?
ReplyDeleteRasanya dah..sbb ramai pegawai mara daerah yang baru
ReplyDeleteSebenarnya kita ad pegi skali mase interview haritue, group yg sama...mmg result dh keluar, kemasukkan bulan september haritue....
DeleteBrp lama ya dari tarikh iv untuk tahu result??
DeleteCik nak tanya, incase kita dilantik, kita akan ditempatkan di pusat mac yg kita lapor diri dlu la?
ReplyDeleteawq dapat tawaran mac 2021 tak ? dia dah emeilkan ke
DeleteAde dpt email ke? Sebab saya ni dpt sms je. Dh check nama ade
Deletecik nk tnya actually mac ni klaau kita x mohon pun mmg akn dpt ke..sbb saya ada mohon under Uitm saya untuk pembantu tadbir di Uitm Merbok, tiba2 dapat mesej saya dapat temuduga untuk pembantu makmal ke
Deletecik nk tnya actually mac ni klaau kita x mohon pun mmg akn dpt ke..sbb saya ada mohon under Uitm saya untuk pembantu tadbir di Uitm Merbok, tiba2 dapat mesej saya dapat temuduga untuk pembantu makmal ke
DeleteSalam nk tnya ..keputusan temuduga mara selalunya berapa bulan yew? Ke bergantung?
ReplyDeletesalam nak tanya,kalau kita tidak dapat hadir,nama kita akan diblacklist ke?
ReplyDeleteSalam nak tanya, macam mana kita nak tahu kita lulus atau tidak masa kita jawab online test
ReplyDeleteada yg tahu group telegram untuk e41 mara x..
ReplyDelete