AKU DIPERKOSA ATAU KAMU YANG MEMPERKOSA???


AKU diperkosa atau KAMU yang Memperkosa???
Untuk posting kali ini saya ingin berkongsi pendapat berkenaan satu isu yang kini semakin kronik yang berlaku disini(hah kat mana tu?Lu pikir la sendiri bak kata nabil. Isu ini sebenarnya telah menjadi topic perbincangan yang hangat dikalangan golongan professional yang mementingkan mutu dan etika. Mungkin posting kali ini saya kelihatan racist dan akan mengunakan ayat-ayat yang agak berunsur kutukan dan kritikkan. Tetapi tujuan utama saya dalam posting kali ini ialah untuk membuka mata orang (si buta) yang agak konservatif dan melabelkan diri mereka sebagai seorang mahasiswa( agen perubahan masa hadapan) tetapi hakikatnya mereka tidak ubah seperti si buta yang kehilangan tongkat emasnya. Baru-baru ini minggu excutive telah dilancarkan disini dengan membawa sejuta harapan agar satu transformasi yang positif akan berlaku disini, tetapi persoalannya adakah objektif program ini akan Berjaya dan mampu memberi satu kesan yang besar kepada kita dan semua org disini.
Pada minggu pertama, saya secara peribadinya tidak merasakan ada satu kelainnan yang berlaku disini. Seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku atau lebih tepatnya tiada miggu excutive pada masa itu. Mungkin ini baru permulaan atau mungkin iainya mengambil masa untuk menampakkan perubahan yang ketara disini. Adakah cukup hanya 1 hari sahaja untuk kita berpakaian atau berketerampilan ala-ala koperat? Saya sekali lagi secara peribadinya tidak setuju minggu executive hanya dijalan sebanyak sekali sahaja dalam seminggu kerana:
 kita harus memperaktikkan budaya ini dalam kehidupan kita disini
 membentuk keterampilan diri yang positif dan professional ( bukan nak belagak)
 Kita disini bukan di sekolah lagi.
 Untuk membiasakan diri di alam perkerjaan nanti ( pergi kerja X pakai selipar ok)
 Membentuk disiplin diri ( bukan askar je kena disiplin)
 Menghormati etika pakaian disini ( Bukan pergi kuliah pakai jeans and t-shirt)
 Mencerminkan personality sebagai seorang mahasiswa ( x kan sehari je wey kena pakai TIE)
Kebiasaannya, jika kita berpakaian lengkap seperti seorang excutive, akan muncul mulut-mulut longkang yang mengatakan kita ni belagak dan hanya nak menunjuk-nunjuk sahaja. Pengalaman saya disini, penah sekali saya dan kawan2 ditegur oleh seorang mamat yang kononya mahaisiswa. dia dengan yakin dan bangganya mengatakan kepada kami “ pakai je smart duit xde nak buat apa”, tengoklah bertapa bodoh dan tulinya si mamat ni hingga sanggup mempelekehkan etika pemakaian disini. Adakah kita seperti mamat ni jugak?? Ada jugak sekumpulan cerdik, bijak, dan pandai disini atau lebih tepat lagi Dean list la. Mungkin dalam akademik mereka la king, tetapi dalam perkara lain seolah-olah mereka seperti komunis dan sewaktu degannyal. Apa yang mereka buat?
 Pergi kelas pakai selipar (nama je dean list)
 Pakai jeans dan t-shirt ( memperkosa etika)
 Tidak menghormati si pemberi ilmu
 Berpuak- puak
 Membangga-banggakan kos (ni paling kritikal)
 Belagak ( konon2nya dia la segala-segalanya)
 Pandang orang lain seperti sampah (kecuali puak dia)

Solusinya, ubah lah mentality anda sebelum generasi akan datang terikut-ikut dengan sikap yang anda miliki pada saat dan ketika ini. Sebagai seorang yang akan menarajui kepimpinan negara kita haruslah memiliki kualiti yang diidamkan oleh negara agar kita mampu membuat satu transformasi yang memberi impak yang positif kepada negara yang tercinta. Mungkin salah seorang dari kita akan menjadi orang yang penting dalam negara satu hari nanti. Siapa tahu kan. Jadi, berubah lah wahai diriku dan sahabat-sahabat diluar sana terutamanya golongan2 yang mempunyai sifat-sifat yang saya sebutkan diatas. Semoga kita memperolehi kejayaan di dunia ( bukan DL je taw) dan lagi-lagi di akhirat. Amen
wallahua'lam

Comments