Saya sayang awak tapi saya tak benci dia....

Dalam meniti era globlalisasi dan dunia tanpa sempandan ini, kepentingan pengunaan Bahasa Inggeris sebagai "lingua Franca" tidak dapat disangkal lagi. Bahasa Inggeris yang telah dimartabat sebagai bahasa antarabangsa ini digunakan secara meluas di seluruh pelusuk raya. Namun penguasaan bahasa dunia ini dikalangan pelajar masih tidak dapat dibanggakan. Dalam konteks ini, terdapat beberapa Faktor yang menyebabkan Fenomena sedemikian masih lagi membelenggu negara kita.


Kesedaran yang rendah terhadap kepentingan bahasa ini kepada pelajar baik ketika masih di peringkat pembelajaran, mahupun ketika dalam alam karier kelak kerana berjaya menguasainya dengan baik merupakan satu aset yang amat berharga pada individu tersebut. Malangnya, para pelajar lebih memberi priority kepada Bahasa Melayu kerana ia merupakan bahasa ibunda serta digunakan secara meluas jika dibandingkan dengan pengunaan Bahasa Inggeris. oleh yang demikian, mereka hanya mengambil sikap bena tak bena sahaja tentang keperluan dan kepentingan Bahasa Inggeris dalam usaha memajukan diri.








Disamping itu pengunaannya yang amat terhad juga merupakan punca utama penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar masih berada di tahap yang kurang memberangsangkan. Hal ini dapat dibuktikan melalui papan tanda jalan, iklan-iklan yang ditampal di tempat awam seperti perhentian bas, pondok telefon, pasaraya dan sebagainya. Majoriti bahasa yang digunakan ialah bahasa pertiwi, Bahasa Melayu. Situasi ini akan menyebabkan para pelajar tidak dapat meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris mereka kerana terlalu disogokkan dengan Bahasa Melayu

Selain itu, kurangnya galakan dan sokongan daripada ibu bapa akan kepentingan bahasa antarabangsa ini juga adalah anyaa faktor-faktor yang menyebabkan masalah ini masih tidak dapat diselesaikan. Malah, terdapat segelintir ibu bapa yang tidak membenarkan anak-anak mereka mempelajari Bahasa Inggeris kerana beranggapan bahawa bahasa ini merupakan bahasa penjajah. Seperti yang kita sedia maklum, persepsi sedemikian sudah tidak relevan lagi kerana Bahasa Inggeris merupakan bahasa yang digunakan oleh manusia sejajar dalam era ini

Pembelajaran Bahasa Inggeris di sekolah juga tidak sewajarnya di pandang sepi. Meskipun terdapat waktu pelajaran Bahasa Inggeris di setiap sekolah rendah mahupun di sekolah menengah, namun ia masih tidak dapat digunakan secara menyeluruh. Guru-guru bahasa Inggeris lebih cenderung untuk menggunakan Bahasa Melayu dalam berkomunikasi dengan pelajar bagi memudahkan pemahaman. Walaupun pendekatan ini baik untuk proses pembelajaran, namun iainya harus ditinjau daripada pelbagai aspek. Fenomena ini akan mengakibatkan para pelajar terlalu bergantung kepada guru dan seterusnya tiada usaha yang dilakukan oleh para pelajar dalam meningkatkan lagi penguasaan Bahasa Inggeris mereka.

Oleh itu, pelbagai usaha perlu dijalankan bagi mengatasi masalah ini lantaran para pelajar merupakan perintis negara pada masa hadapan. Namun, tanpa penguasaan yang baik akan dalam bahasa antarabangsa ini sebuah tampuk pemerintahan yang baik dan efektif tidak mungkin diwujudkan. Integrasi antarabangsa antara negara-negara luar juga tidak dapat dijalankan berikutan kurangnya kemahiran dalam penguasaan bahasa dunia ini. Terdapat beberapa wasilah untuk mengatasi masalah ini.

Antaranya ialah dengan menjadikan ceramah dan kempen dalam memberi kesedaran kepada para pelajar akan kepentingan dan keperluan menguasai Bahasa Inggeris. Para pelajar harus didedahkan tentan manfaat daripada kemahiran tersebut. Melalui pendekatan ini, pelajar akan lebih menyedari kepentingan Bahasa Inggeris dan seterusnya sentiasa berusan untuk meningkatkan prestasi mereka dalam menguasai bahasa tersebut,

Disamping itu, pengunaan Bahasa Inggeris ini perlu diperluaskan supaya para pelajar daoat mengkatkan penguasaan mereka dalam bahasa global ini sama ada secara formal atau sebaliknya. dengan pendedahan ini, Malaysia bukan sahaja dapat melahirkan generasi yang agung dalam bahasa ibunda mereka, malah mahir dalam Bahasa Inggeris, yakni bahasa perantara yang digunakan secara meluas pada ketika ini

Mentaliti masyarakat khususnya ibu bapa terhadap Bahasa inggeris juga perlu diubah. Tanggapan bahawa Bahasa Inggeris adalah bahasa penjajah sudah tidak boleh diterima. persepsi sedemikian perlu dikikis daripada minda ibu bapa kerana dunia telah membuktikan bahawa dengan mengusai Bahasa Inggeris , masa depan anak mereka lebih terjamin.

selain itu, Para pendidik juga perlu sentiasa berkomunikasi dengan para pelajar dengan menggunakan Bahasa Inggeris bukan sahaja ketika di kelas malah di luar masa waktu pembelajaran. Proses ini dapat meningkat kemahiran para pelajar di samping menimbulkan keyakinan dalam diri mereka untuk bertutur dalam bahasa tersebut.

Kesimpulannya, semua pihak perlu bermusyawarah, berkerjasama dan berganding bahu dalam memastikan masalah penguasaan Bahasa Inggeris yang rendah di kalangan pelajar tidak lagi membelenggu negara. Hal ini perlu dalam melahirkan generasi yang bukan sahaja mampu memajukan tanah air, malah mampu berurusan dengan dunia luar dengan lebih efisyen dan berkesan. Wallualam...


Comments