MALAYSIA VS VIETNAM 2-0

MALAYSIA VS VIETNAM
15 December 2010 merupakan tarikh yang dinantikan oleh semua peminat bola sepak tanah air untuk menyaksikan perlawanan separuh akhir Piala Suzuki di antara Malaysia bertemu dengan juara bertahan Vietnam. Sebelum bermulanya sepak mula perlawanan tersebut, terdapat pelbagai kritikan dan tomohan yang dilemparkan kepada pasukan Malaysia. Prestasi yang tidak menentu yang ditunjukan oleh pasukan negara baru-baru ini telah menyebabkan banyak pihak ragu-ragu dan tidak menaruh harapan yang tinggi kepada pasukan negara untuk membenamkan jaguh asia tenggara Vietnam. Pasukan negara telah mengharungi laluan yang sukar sebelum melayakkan diri ke perlawanan separuh akhir. Kekalahan 5-1 di tangan Indonesia tidak mematahkan semangat pasukan negara untuk menuruskan langkah mereka di kejohanan tersebut. Jurulatih pasukan negara K.Rajagopal tidak penuh jemu untuk memberi tunjuk ajar dan didikan kepada pasukan kita. Dengan pengalaman yang ada dan kebijaksanaan K.Ragapol, Pasukan Malaysia berjaya mengikat pasukan pilihan iaitu Thailand 0-0. kredit diberikan kepada K.Rajagapol dan anak-anak buahnya. Pada perlawanan terakhir menentang Loas, pasukan Malaysia perlu mencari kemenangan pada perlawanan tersebut untuk memastikan mereka layak ke peringat seterusnya. Harimau Malaya harus membaham pasukan Loas untuk meneruskan langkah mereka.
Berbekalkan semangat akan cinta kepada negara dan Malaysia boleh, pasukan Malaysia berjaya menundukkan pasukan Loas dengan jaringan yang besar 5-1. keadaan bertambah gembira apabila pasukan Malaysia mengetahui Indonesia berjaya mengayang Thailand 2-1. Oleh itu, secara rasminya Malaysia berjaya melangkah ke peringkat separuh akhir. Maruah negara yang diperlekehkan dan dicalarkan oleh sesetengah warga Indonesia telah membakar semangat pasukan negara untuk menebus kembali kekalahan 5-1 di tangan Indonesia. Jurulatih negara berharap dapat bertemu Indonesia di perlawanan separuh akhir tetapi nasib tidak menyebelahi pasukan negara kerana mereka harus berhadapan dengan pasukan Vietnam terlebih dahulu.

Tugas yang berat dipikul oleh beliau (ingat senang ke jadi coach)

Maruah negara harus dipelihara oleh kita semua. WE LOVE MALAYSIA

Tiket yang bernilai RM20

Jersi yang digunakan oleh pasukan negara pada malam tersebut


Sebagai warga negara yang boleh dikatakan mempunyai "madana" mereka tidak haruslah memperlekahkan negara lain. Semangat kesukanan harus ditunjukkan oleh semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung. Penganjur, jurulatih, pemain dan penyokong haruslah menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi bagi menjayakan sesuatu kejohanan. Hormat menghormati antara satu sama lain adalah merupakan satu formula yang paling berkesan untuk mewujudkan satu suasana yang harmoni dan dapat meningkatkan hubungan yang baik di antara dua buah negara yang bertanding di dalam sesuatu perlawanan bola sepak.
Perlawanan bola sepak bukan sekadar kalah dan menang sesuatu pasukan itu, tetapi impak dan nilai positif yang mampu diberikan kepada semua yang terlibat dalam perlawanan tersebut amat ditekankan dan harus dicapai dalam sesuatu perlahwanan bola sepak.

Laungan lagu NEGARAKU berkumandang di udara membuatkan ku bangga menjadi warga negara Malaysia. Jam menunjukkan tepat 8.15, maka bermula detik perjuangan pasukan Malaysia yang dibimbing oleh K.Rajagopal. Kebanyakan pemain pasukan Malaysia yang diturunkan untuk menentang Vietnam merupakan pemain muda yang telah diberi kepercayaan penuh oleh K.Rajagopal pada malam tersebut. Pemain yang dipilih oleh Rajagopal bukanlah calang-calang pemain dan bukan juga dipilih secara membabi buta olehnya. Pemain ini telah diteliti prestasi mereka melalui pasukan-pasukan negeri yang bertanding dalam kejohanan liga tempatan. Jika anda menngatakan mereka ini tidak layak mewakili pasukan negara dan hanya bermain seperti budak-budak sekolah, mengapa tidak anda sahaja yang terun ke padang dan bemain untuk pasukan negara (Cukup ke stamina anda, boleh ke tendang bola tinggi ke udara, mampu ke berlari dengan pantas, kuat ke mental anda) sudah pastinya tidak. Anda hanya mampu berkata " Bod@h la kau main bola mcm budak2, hah hantar bola kat situ la bod#, lari mcm kura2, si@l, bangan@, Bod@ la kau main dan mcm2 lagi kata2 kesat yang keluar dari mulut anda). Untuk bermain bola sepak secara profesional bukanya satu perkara yang mudah. ia memerlukan satu semangat yang tinggi dan disiplin yang mantap untuk berjaya sebagai seorang permain bola sepak yang profesional. Setakat main bola sepak tak pakai kasut dan boleh menjaringkan beribu-ribu gol, itu tidak bermakna anda hebat. Kita harus berikan pujian kepada semua pemain2 yang dipilih mewakili pasukan negara kerana mereka merupakan yang terhebat di kalangan yang hebat di 14 buah negeri yang ada di Malaysia.
Suasana di stadium bukit jalil sangat meriah dengan jeritan-jeritan dari kedua-dua penyokong pasukan masing-masing. Penyokong-penyokong tempatan yang datang dari utara hingga selatan memenuhi dan menghagatkan lagi suasana di stadium tersebut. Sokongan padu yang ditunjukkan oleh penyokong tempatan harus diberikan pujian kerana sokongan seperti inilah yang mampu memberi suntikan semangat yang maksima kepada semua pemain pasukan negara.

Penyokong2 tempatan membanjiri Stadium National Bukit Jalil



Suasana yang meriah di dalam stadium

Pada separuh masa pertama perlahwanan, kedua-dua pasukan menunjukkan permainan berhati-hati untuk mengelak dari melakukan kesilapan yang boleh memberi peluang kepada pasukan lawan untuk menjaringkan gol. Pasukan negara nampak sedikit gementar di hadapan ribuan penyokong, mereka tidak mahu terburu-buru mencari gol kerana pasukan Vietnam bukanlah pasukan yang mudah ditewaskan. Beberapa percubaan dilakukan oleh pasukan Malaysia tetapi tidak mampu lagi untuk menumbusi gawang gol lawan. Pasukan Vietnam juga bertubi-tubi menyerang pasukan negara. Tetapi semua serangan yang dilakukan oleh pihak lawan dapat dipatahkan oleh barisan pertahan negara yang majoriti merupakan pemain-pemain muda. Pujian harus diberikan kepada penjaga gol negara kerana semua serangan berbahaya yang dilakukan oleh pemain vietnam dapat dibaca kemas oleh beliau. separuh masa pertama berakhir tanpa sebarang gol dijaringkan oleh kedua-dua pasukan. Masa rehat digunakan sebaik mungkin oleh jurulatih negara untuk memberi penerangan dan strategi baru kepada pemain2 negara untuk mencari gol pada separuh masa kedua. Selepas mengkaji kelebihan dan kelemahan pasukan lawan, K.Rajagopal menyusun strategi baru dan memasukan pemain ganti yang mampu mengadakan ancaman kepada pasukan lawan


Masa rehat digunakan sepenuhnya oleh para pemain gantian untuk memanaskan badan.

Tiupan wisel oleh pengadil manandakan bermulalah separuh masa kedua perlahwanan, kali ini pasukan negara menghidangkan permainan yang lebih agresif dan bertenaga untuk memburu gol pertama negara. Corak permainan pasukan negara nampak lebih kemas berbanding separuh masa pertama, ini menyebabkan pasukan negara mampu melakukan lebih banyak percubaan yang berbahaya kepada pihak lawan. Sentuhan-sentuhan ajaib diarapkan oleh para penyokong yang hadir dan semua rakyat Malaysia, dengan usaha gigih yang ditunjukkan oleh para pemain negara dan serangan yang bertali arus yang dilakukan oleh mereka, pasukan Vietnam dihukum oleh pasukan negara apabila pemain berjersi no 10 menjaringkan gol pertama negara menerusi satu gerekan menarik yang bermula dari sepakan percuma yang dihadiahkan kepada pasukan negara. Sepakan percuma itu terus ke pemain negara berjersi no 10, satu tadukan yang padu ke arah pintu gol lawan dilakukan oleh pemain tersebut dan gagal diselamatkan oleh penjaga gol Vietnam lalu bola terus menuju ke gawang gol Vietnam . Gol pertama negara disambut dengan jeritan gollllllll oleh ribuan penyokong dengan penuh kegembiraan yang terpancar dari wajah mereka.


GOAL pertama Malaysia

Pasukan negara seolah-olah seperti harimau yang kelaparan, mereka bertubi-tubi menyerang pasukan lawan. pemain pertahanan Vietnam dihukum lagi sekali disebabkan kealpaan dan kecuaian meraka yang membenarkan pasukan negara memperolehi jaringan goal kedua negara. Lagi sekali Pemain berjersi no 10 menjaringkan goal kedua peribadinya, kali ini goal berpunca dari kesilapan penjaga goal Vietnam yang tidak menampan bola dengan kemas lalu menyebabkan bola itu menuju ke kaki pemain no 10 tersebut dan bola itu disambar dengan pantas olehnya untuk menghadiahkan goal kedua kepada pasukan negara. Menyedari kebangkitan pasukan negara dan kelemahan barisan pertahanan mereka, Vietnam menggunakan saki baki tenaga yang tinggal untuk bertahan. Permainan bertahan vietnam menjadi, maka tiada jaringan lagi yang boleh dilakukan oleh pemain negara. 90 minit masa perlahwanan telah pun tamat, saat2 emas yang dinantikan oleh jurulatih, pengurus pasukan, semua pnyokong dan rakyat Malaysia menjelma apabila kedengaran tiupan wisel yang penuh bermakna oleh pengadil pelawanan. Maka, kemenenangan memihak kepada pasukan negara yang tercinta. bergenang air mata melihat riak wajah semua pemain yang bertungkus lumus untuk memastikan kemenangan milik negara. Semangat mereka harus dipuji dan dicontohi oleh kita semua untuk menaikkan nama negara di mata dunia. Penghormatan diberikan oleh pemain2 dan jurulatih negara kepada para penyokong yang hadir pada akhir pelawanan. Saya dan rakyat Malaysia berharap pasukan negara mampu meneruskan rentak kemenangan di Vietnam nanti. Doa rakyat Malaysia mengeringi pasukan negara ke hanoi, Vietnam. jaringan 2 goal yang diperolehi oleh pasukan negara dan insentif sebanyak RM5000 seorang yang dijanjikan oleh kerajaan sedikit sebanyak membakar semangat dan membantu pasukan kita untuk menentang Vietnam buat kali kedua dan agar dapat melayakkan diri ke peringat akhir, MALAYSIA BOLEH, InsyaAllah.


Perkara2 yang perlu di kaji semula

Kesian..air botol tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam stadium, jadi mereka terpaksa lah habiskan diluar.heheheh...


Hanya dua pintu masuk sahaja yang dibuka..sedih kena berebut-rebut untuk masuk

Comments