MASA DAN CINTA


Al kisah, di sebuah pulau yang diberi nama pulau perasaan di mana semua jenis perasaan yang ada pada setiap manusia tiggal di sana. Mereka hidup dalam keadaan aman dan damai di sana. Gembira, sedih, ilmu, cinta dan lain2. Pada satu hari, salah seorang dari mereka telah mendapat berita bahawa pulau yang mereka diami akan tenggelam. Keadaan di pulau itu yang sebelum ini aman dan damai telah menjadi kelam kabut di mana semua perasaan-perasaan membuat persiapan untuk menyelamatkan diri mereka. Bot-bot dan kelengkapan keselamatan lain telah disiapkan oleh mereka. Malangnya, jumlah bot dan kelengkapan keselamatan yang ada hanya cukup untuk perasaan-perasaan yang lain kecuali cinta.

Semua perasaan telah meniggalkan pulau itu kecuali cinta. Cinta tidak mampu melakukan apa-apa untuk menyelamatakan dirinya, apa yang hanya mampu dia lakukan ialah berserah diri kepada takdir. Tetapi ketika saat pulau itu hampir tergelam , cinta membuat keputusan untuk meminta bantuan lalu cinta menjerit sekuat hatinya agar suaranya dapat didengari oleh sesiapa yang ada di situ. Selang beberapa saat, Kaya dengan bot yang dinaikinya melalui tempat dimana cinta berada. Cinta menjerit ke arah kaya dan berkata “ Kaya bolehkah saya menaiki bot awak” Kaya Menjawab “ tidak boleh kerana, di dalam bot saya ini terdapa t banyak emas dan perak, tiada ruaang lagi buat awak”

Selang beberapa minit, sombong dengan kapal layar yang mewah menuju kearah cinta. Cinta dengan segera membuat keputusan untuk mendapatkan pertolongan daripadanya. Cinta merayu dengan nada yang lemah lembut “ Sombong, Boleh kah awak menolong saya?”

Sombong menjawab “ tidak boleh kerana jika saya menbenarkan awak tumpang kapal layar saya yang mewah ni, awak akan merosakkannya kerana awak dalam keadaan yang basah,”

Dengan tidak sengaja, bot Sedih melalui tempat dimana cinta berada. Cinta dengan pantasnya menuju ke arah sedih dan berkata “ Sedih izinkan saya tumpang bot kamu”

Sedih menjawab “ oh saya sugguh kesian kepada kamu tetapi saya mesti kesiankan diri saya dahulu, saya tidak dapat tumpangkan awak dalam bot saya kerana bot saya terlalu kecik”

Selang beberpa minit, Bot gembira melalui kawasan cinta. Cinta menjerit memanggil gembira tetapi malangya gembira tidak mendegari paggilan tersubut kerana gembira terlalu gembira ketika itu.

Terlalu gembira pun tak boleh jugak

Tiba-tiba kedengaran suara misteri yang memanggil cinta “ mari ke sini cinta, saya akan tolong awak”, Cinta sangat bersyukur kerana ia terselamat. Cinta terlupa untuk menanyakan siapa yang telah menyelamatkannya.

Cinta bertanya kepada ilmu “siapa yang telah menyelamatkan saya”

Ilmu menjawab “ Masa yang telah menyelamatkan awak”

“MASA?” cinta betanya. “ tetapi bagaimana dia menyelamatkan saya”

Ilmu menjawab sambil tersenyum “ Hanya Masa Yang dapat menyelamatkan awak kerana Masa tahu bertapa nilainya sesebuah cinta’



Cinta

Comments