Saya Sentiasa inginkan Perubahan


Dengan nama Allah yang maha pengasih dan maha penyayang. Segala pujian hanya bagi Allah tuhan semesta alam. Bersyukur lah kita kepadaNya kerana setiap denyutan nadi ini adalah nikmat yang tidak terhingga yang diberi olehNya kepada kita semua. Masa berlalu dengan pantas tanpa kita sedari, setiap detik dan saat yang berlalu meninggalkan seribu satu KEJAYAAN dalam hidup kita ini yang penuh dengan cabaran dan dugaan yang harus kita tempuhi. Tetapi adakah kita mengerti erti sebenar KEJAYAAN yang kita kecapi dalam hidup ini? Satiap manusia pasti inginkan KEJAYAAN yang boleh membanggakan diri sendiri, orang tersayang, dan siapa sahaja yang ada di kiri dan kanan mereka.

Berdasarkan Theori yang dikemukakan oleh Abraham Maslow yang dikenali sebagai theory keperluan Maslow. Menurut beliau Keperluan manusia boleh dibahagikan kepada 5 keperluan yang disusun berperingkat di dalam model heirarki keperluan maslow. Keperluan yang paling asas ialah keperluan fisiologi seperti keperluan untuk memperoleh makanan, pakaian, dan tempat tinggal. Seterusnya apabila keperluan asas dipenuhi, manusia pasti inginkan keperluan keselamatan bagi memastikan hidup mereka berada dalam keadaan selamat dan sejahtera. Telah menjadi lumrah manusia iaitu setiap manusia diciptakan oleh tuhan berpasang-pasangan. Jadi, lelaki dan perempuan saling memerlukan antara satu sama lain. Keperluan ini dinamakan oleh Maslow sebagai keperluan kasih sayang. Hidup manusia tidak akan sempurna tanpa ilmu kerana ilmu diibaratkan seperti cahaya yang menyinari hidup manusia. Tanpa ilmu manusia umpama hidup dalam kegelapan dan sukar menentukan destinasi yang ingin mereka tuju. Keperluan pendidikan amat penting bagi setiap manusia untuk menikmati hidup yang lebih teratur dan sempurna. Seterusnya, menurut Abraham maslow keperluan yang paling tertinggi yang harus dicapai oleh manusia berdasarkan heirarki keperluan Maslow ialah keperluan sempurna kendiri. Apa itu keperluan sempurna kendiri? keperluan ini memberi kepuasaan yang maksima kepada manusia yang mencapai tahap tersebut. Sebagai contoh, seorang mahasiswa/si pasti ingin melanjutkan pelajaran mereka higga ke tahap PHD kerana tahap ini boleh dianggap seseorang itu telah Berjaya dalam alam pendidikan. untuk mencapai tahap ini, ia bukannya perkara yang mudah dan juga bukannya perkara yang mustahil untuk dicapai kerana setiap apa yang kita inginkan akan tercapai sekiranya kita betul-betul inginkan ia menjadi kenyataan. Bak kata perpatah orang putih “everything is possible”, jadi kita harus mempunyai sifat “everything is possible” untuk menjadi ihsan yang Berjaya dalam hidup di dunia lagi lagi di akhirat sana.

Hidup ini umpama seperti roda!! Ada masa kita di atas dan di bawah, tetapi roda tidak akan bergerak tanpa sesuatu yang mengerakkannya. Sebagai seorang manusia yang waras, kita mesti ingin sentiasa berada di atas dan tidak mahu berada di bawah. Tetapi malangnya,kita sering menganggap hidup ini umpama roda yang berputar secara automatic sekejap di bawah sekejap di atas. Tetapi adakah anda ingin roda itu berputar secara automatic semata-mata atau anda ingin roda itu berputar mengikut kemahuan anda sendiri? Sudah tentu kita tidak ingin roda itu berputar secara automatic kerana ia seolah olah membiarkan hidup kita bergantung kepada nasib semata-mata iailah kejap bawah kejap atas. Kalau kita yang kawal roda itu mestilah kita tidak akan biarkan roda itu berada di bawah. “Allah S.W.T tidak akan megubah nasib sesuatu kaum kecuali kaum itu sendiri berusaha mengubahnya”(surah al-ra’du ayat 11). Jadi untuk menjadi manusia yang Berjaya, kita tidak sepatutnya menyerahkan sesuatu perkara kepada takdir semata-mata(biala dah takdir nak wat cm ne) kerana kita mampu berusaha mengubahnya dengan izin Allah.

Memang indah dunia kurniaan tuhan ini, tetapi lebih indah jika kita dapat menerokai keindahan ciptaanNya dengan lebih jelas dan nyata. Manusia sering kali mengakui mereka itu hebat mampu ke bulan mampu mencipta alat2 yang canggih mampu ke angkasa dan banyak lagi. Tetapi hakikatnya manusia itu lemah dan lemah. Sebagai seorang manusia yang boleh dikatakan hebat kita haruslah sentiasa merendahkan diri kita kepada Tuhan pencipta alam kerana semua yang kita miliki sekarang dan masa hadapan bukanlah bersifat kekal iainya adalah pinjaman buat sementara. Jadi, gunalah sebaik mungkin apa yang dipinjamkan oleh Nya kepada kita untuk kita mencapai KEJAYAAN multak di dunia dan di akhirat nanti. Selautan penghargaan dan terima kasih kepada ihsan2 yang memberi tunjuk ajar dan ilmu kepada saya di semester yang lepas. Semoga apa yang kalian semai akan membuahkan hasil yang berkualiti di masa sekarang dan hadapan. “Jadilah yang hebat, kerana ada yang lagi hebat di kalangan yang hebat”, akhir kalam tingkatkan lah perestasi keluarkanlah potensi agar quality dapatdiadaptasi. Pencapaian didahulukan, quality diutamakan.wallualam

Comments