1001 Rahsia SUSU KAMBING?




Kebiasaanya, bila kita berbicara tentang susu, perkara yang pertama yang terlintas di fikiran kita adalah SUSU LEMBU.  Sebenarnya, kita telah lama dimanipulasikan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab yang kononnya mengatakan susu lembu adalah susu yang terbaik selepas susu ibu. Fakta yang sebenar harus dikaji dan diketahui oleh kita supaya kita lebih peka dengan apa yang kita nampak, rasa, dan guna. Mengikut kajian dari sudut agama islam mahupun saintifik, ternyata lebih terang lagi bersuluh bahawa SUSU KAMBING lebih tinggi manfaatnya dan khasiat jika dibandingkan dengan SUSU LEMBU. Kenapa ye?



Dari segi proses penghadaman, SUSU kambing lebih mudah dihadamkan berbanding SUSU LEMBU kerana molekul lemaknya yang lebih kecil.
Mari kita lihat kebaikan SUSU kambing dari sudut agama dan saintifik
Dari sudut Agama
Meminum susu kambing ini adalah amalan Sunnah Nabi Muhammad SAW,Diriwayatkan Nabi suka minum susu kambing.Sewaktu Nabi ISRA’ MIKRAJ’ kelangit, Nabi memilih susu kambing sebagai minuman.Semua Nabi2 dan Rasul2 menjadi pengembala kambing..tentu ada Hikmah dan Fadilat yang besar pada binatang ternakan kambing,malah kambing merupakan binatang yang menjadi kenderaan kita diSyurga nanti.Jadi jika anda beritizam dan beristiqomah menjadikan susu kambing ini sebagai minuman,tentunya kita mempraktikan salah satu Sunnah Rasulallah SAW,disamping itu tentu tinggi khasiatnya
Tentu sebelum ini kita tidak tahu atau kita tidak perasan bahawa susu kambing ini adalah minuman Sunnah.Kalau kita meminum atau menjual secara tidak langsung kita mengingatkan orang bahawa susu kambing ini adalah minuman Sunnah yang telah ditinggal2kan orang sebagaimana yang diriwayatkan dalam satu hadis dari “Abu Ubaidah bin Atoq”Rasulallah SAW bersabda bermaksud ”Kambing merupakan binatang yg penuh Baroqah yg ditinggalkan orang”.Oleh itu, adalah menjadi satu tanggujawab kepada kita semua untuk menghidupkan kembali Sunnah,disamping kita meminum atau menjual secara tidak langsung kita mendapat pahala(Insha Allah).
Bagaimana dari sudut SAINTIFIK pula?
Dari sudut saintifik
Tidak dapat dinafikan lagi bahawa susu kambing ini adalah susu terbaik selepas susu ibu,susu lain juga baik untuk diminum tetapi 1001 khasiat dari susu kambing ini membuatkan iainya lain dari yang lain.,susu kambin bersifat ALKALI manakala susu lain bersifat ASIDIK,sebab itu susu kambing boleh dimanipulasi menjadi pelbagai produk seperti:
       I.            Sabun Susu Kambing
    II.            Syambu Susu kambing
 III.            Mandian Susu Kambing
 IV.            Alat solek, DLL

susu kambing kerana sifatnya ALKALI maka tidak merosakan kulit manakala susu lain bersifat ASIDIK.
Kalau anda membuka website antarabangsa(international)berhubung kelebihan susu kambing..hampir 100% mengatakan bahawa susu kambing adalah yang terbaik selepas susu ibu,ini adalah fakta yang tidak boleh dinafikan,malah lemaknya sama dgn susu ibu,protiennya sama dgn susu ibu,kandungan airnya sama dgn susu ibu….anda boleh melihat sendiri fakta2 tersebut melalui internet.Kebanyakan Vitamin dan mineral yang terdapat dalam susu kambing sukar didapati di dalam susu-susu yang lain(berdasarkan Fakta)
Kajian yang dilakukan mendapati susu kambing dapat membantu merawat dan mencegah penyakit kronik saperti:
        i.            Gastrik
      ii.            Migrian
    iii.            Lelah
    iv.            Sengugut
      v.            Darah tinggi
    vi.            Masalah Penyakit kuli
  vii.            Ulcer
viii.            Hepatitis A
    ix.            Sakit Kuning
      x.            Radang sendi
    xi.            Lemah tulang
  xii.            Pemulihan selepas pembedahan
xiii.            Memulih tenaga batin,
xiv.            Membantu pembentukan tulang, otot dan gigi
  xv.            Dan berbagai lagi (Insha Allah) jika yakin dan tawakal dan konsisten pengambilannya






Comments