Wang Fiat VS DIRHAM


Ramai yang semakin rancak mengeluarkan artikel-artikel yang menyentuh situasi hari ini di mana betapa rapuhnya wang fiat yang kita gunakan selama ini.
Sistem matawang emas didapati bagus kerana nilainya tetap walaupun zaman berubah.
Hal ini tidak merugikan atau menzalimi peniaga dan pembeli.
Jika anda ingin mengetahui lebih mendalam tentang sistem matawang



yang bersandarkandinar emas dan dirham perak, anda harus faham bagaimana sistem kapitalisme “beroperasi”.
Jika dahulu, dengan RM1 zaman mak bapa kita boleh beli lima bungkus nasi lemak.
Berbeza dengan sekarang, berapa bungkus nasi lemak yang boleh dibeli dengan RM1 itu?
Sebab itulah tidak hairan ibu bapa kita lebih suka berpenat-penat untuk membuat nasi lemak kepada cucu-cucunya walaupun sudah tidak larat lagi sebenarnya. Situasi ini menunjukkan nilai duit Malaysia memang sentiasa turun.
Amerika Syarikat (AS) jika dahulunya adalah tonggak kepada ekonomi kapitalis kini berada pada tahap terburuk dan lembap. Kelembapan yang dialami terhadap ekonomi mereka juga menyebabkan ia turut menjangkiti negara-negara lain di dunia.
                                                          Perjanjian Bretton Woods
Tiada lagi detik sejarah kegemilangan Amerika sehingga mereka berani angkat muka tanda bangga, merekalah jaguh ekonomi dunia semasa era Perjanjian Bretton Woods pada tahun 1944  sehingga mereka berjaya  menipu dan memperdaya 44 buah negara supaya bersetuju menyandarkan matawang kertas negara masing-masing kepada dolar AS
di mana mereka memberikan jaminan bahawa dolarnya adalah bersandarkan kepada emasiaitu sebanyak US$35 bagi setiap auns.
Apabila berlakunya ketidaktentuan turun naik nilai matawang, ia telah menyebabkan spekulator mata wang mengaut keuntungan atas kerugian negara lain. Richard Duncan, dalam bukunya “The Dollar Crisis,” meramalkan kemungkinan satu krisis ekonomi yang mungkin lebih buruk daripada ‘Great Depression’ seandainya sistem kewangan sekarang diteruskan.
Melihat kepada kekurangan yang ada pada sistem mata wang apungan ini, ramai pakar ekonomi berpendapat bahawa penggunaan dinar emas adalah sangat disyorkan agar digunapakai kembali sebagai alat menyimpan nilai dan perantara pertukaran terutama dalam perdagangan antarabangsa. Langkah ini disyorkan kerana dinar emas terkenal dengan sifat stabil terhadap aktiviti spekulasi dan manipulasi
Special Credit to Labursilver.com

Comments