PENGALAMAN MENGIKUTI MARA ASSESSMENT CENTRE “MAC” FEBRUARI 2020 UNTUK JAWATAN PEGAWAI EHWAL EKONOMI GRED E41


Assalamualikum wbt,

Harini saya ingin berkongsikan serba sedikit pengalaman peribadi saya mengikuti sesi pemilihan Pegawai Ehwal Ekonomi MARA gred E41 melalui program yang dikenali sebagai MARA ASSESSMENT CENTRE

Pada awal bulan Januari 2020, Majlis Amanah Rakyat@MARA telah membuka peluang kepada rakyat Malaysia yang mempunyai kelayakan akademik, berpengetahuan tinggi dan mempunyai ciri-ciri keterampilan yang unggul untuk menjawat pelbagai jawatan yang ditawarkan.Berikut merupakan Iklan jawatan kosong di MARA,maklumat lanjut berkenaan kekosongan tempoh hari
boleh didapati terus menerusi laman sesawang MARA di http://online05.mara.gov.my/vacancy3/.



Kesemua jawatan yang ditawarkan ini boleh dimohon secara online di laman sesawang http://online05.mara.gov.my/vacancy3




Permohonan jawatan kosong yang ditawarkan boleh dibuat terus menurusi laman sesawang tersebut.Berdasarkan pengalaman saya sendiri, Permohonan jawatan kosong MARA secara online ini sangatlah ringkas, mudah dan mesra pelanggan.

Alhamdulillah, selepas lebih kurang 3minggu memohon, saya telah mendapat maklum balas dari pihak MARA, dan Berjaya ditawarkan ke Program MARA ASSSESSMENT CENTRE untuk jawatan Pegawai Ehwal Ekonomi E41.  Ini Email yang saya terima. Perasaan pada ketika itu sangatlah happy, excited dan nervous juga sebab ini merupakan temuduga pertama saya dalam perkhidmatan awam.

Email diterima pada tarikh 11Feb2020 dan Program assessment itu berlangsung pada 19Feb2020, jadi disini saya mempunyai masa persediaan lebih kurang 8 hari. Jadi saya menggunakan masa yang agak panjang ini untuk memaksimum persediaan saya untuk menghadapi program pemilihan tersebut. Saya percaya bahawa jika kita gagal untuk bersedia, kita sebenarnya bersedia untuk gagal, so always be 100% prepared.

Antara persiapan yang saya telah lakukan adalah dari segi:

Pada hari kejadian, saya telah tiba di lokasi program di MARA-JAPAN INDUTRIAL INSTITUTE seawal jam 7Pagi. Seramai lebih kurang 500 orang calon untuk pelbagai jawatan dari Gred 11 hingga ke Gred 41 telah menghadiri program tersebut. Untuk jawatan Pegawai Ehwal Ekonomi E41, jumlah calon lebih kurang 150 orang untuk hari tersebut sahaja.

Saya telah difahamkan bahawa, program assessment ini telah berlangsung selama 5 Hari iaitu dari 17Feb2020 sehingga 21Feb2020. Sesi saya adalah pada hari-3, Rabu bersamaan 19Feb2020. Jadi secara statistiknya untuk jawatan E41, saya anggarkan jumlah keseluruhan calon yang hadir adalah lebih kurang 750-1000 orang jika jumlah purata yang hadir pada hari pertama hingga ke-5 adalah seramai 150 dan 200 orang. Jadi, keberangkalian untuk Berjaya dalam temuduga ini adalah 1/1000 = 0.001 jika hanya 1 jawatan kosong yg untuk dipenuhi.

Setakat maklumat yang saya perolehi, saya tidak mengetahui berapa ramai yang diperlukan untuk jawatan E41 ini. Walaupun keberangkalian Berjaya ini agak kecil, apa yang penting adalah kita harus mencuba sedaya upaya dan percaya kepada rezeki Allah.

Secara asasnya, Program MARA ASSESSMENT CENTRE ini mempunyai 4 komponen teras yang akan dilalui oleh semua calon-calon program ini. 4 komponen tersebut adalah:
  1. Ujian Kecergasan@ Beep Test
  2. Pengucapan Awam @Public Speaking
  3. Sesi Temuduga
  4. Ujian Psikometrik


Saya akan ceritakan satu persatu berkenaan komponen teras ini.


UJIAN KECERGASAN@BEEP TEST


Image1: Para calon MAC get ready untuk ujian Beep Test


Komponen pertama yang harus dilalui oleh kesemua calon program ini adalah ujian kecergasan. Ujian Beep Test telah digunakan untuk menguji tahap kecergasan bakal pegawai tinggi kerajaan ini. Apa itu beeptest, ujian ini digunakan untuk melihat tahap kemampuan system kardiovaskular seseorang. Untuk memahami secara visual berkenaan Bleeptest anda boleh klik di link ni: https://www.youtube.com/watch?v=8ZfoVOL70b4 . Berdasarkan pengalaman saya disini, untuk ujian ini tiada LULUS/GAGAL, semua perserta hanya perlu mengikut sahaja ujian ini, so rezeki awal kepada calon-calon yang mempunyai kecergasan yang rendah atau mempunyai sakit seperti asma. Secara peribadinya, saya telah melalukan sebaik mungkin untuk menunjukkan tahap kecergasan saya dalam ujian ini. Alhamdulillah saya telah Berjaya menghabiskan ujian ini pada tahap yang tertinggi ditetapkan pada haritu itu , iaitu BEEP TEST LEVEL 6.  

Image 2: Ilustrasi Ujian Beep Test


PENGUCAPAN AWAM @PUBLIC SPEAKING


Image 3: Public Speaking
Sumber gambar: inc.com


Selepas sahaja tamat ujian bleep tadi, calon dikehendaki segera bersiap sedia untuk meneruskan komponen ke-2 iaitu public speaking. Calon diberi masa 10Minit untuk menukar pakaian formal untuk komponen2 yang seterusnya. Just bayangkan selepas buat ujian bleeptest tadi, masih dalam keadaan kepenatan dan berpeluh lenjun, semua calon perlu bergegas untuk menukar pakaian formal dan bersiap sedia untuk ujian seterusnya iaitu public speaking.

Image 4: Contoh Borang Penilaian Public Speaking


Image 5 : No.ID Mara Assessment Centre 2020

Untuk ujian pengucapan awam@public speaking ini, calon-calon akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut nombor daftar ID Mara Assessment Centre(MAC). No ID saya ketika itu adalah number 22. Selepas dibahagikan mengikut kumpulan-kumpulan kecil, kumpulan saya mempunyai 6 orang calon termasuk diri saya, kami telah diarahkan untuk pergi ke bilik ujian pengucapan awam. Ujian ini dilakukan secara individu dan dinilai oleh seorang pegawai. Masa yang diperuntukan untuk pengucapan awam ini adalah 5Minit. Topik pengucapan awam adalah dipilih secara rawak dan peyampaiannya dalam Bahasa inggeris, so as a future government officer, we must be able to fluently and confidently communicate in English. Bagi yang dah biasa dengan pengucapan awam ni, mungkin ini satu advantage untuk mendapatkan markah yang tertinggi dalam ujian ini. Saya secara peribadinya adalah moderate dalam kemahiran pengucapan awam, jadi saya berazam untuk menjadi lebih mahir lagi dalam kemahairan ini. So kepada semua yang berimpian untuk menjawat jawatan pegawai tinggi kerjaan terutama gred 41, pastikan anda mengasah kebolehan pengucapan awam ni. Ini disebabkan rata-rata program assessment perkhidmatan awam mempunyai komponen pengucapan awam@public speaking. So be ready guys.

SESI TEMUDUGA

Image 6: Group Interview
Sumber gambar: best-job-interview.com

Selepas tamat ujian pengucapan awam, sesi seterusnya adalah sesi temuduga. The ultimate session of the day, of course the interview. Sesi ini yang bakal menentukan sama ada awak DAPAT@TAK jawatan yang dipohon. Sesi temuduga ini telah dijalankan dalam format GROUP INTERVIEW. Honestly speaking, ini merupakan pengalaman pertama saya berinterview dalam format group interview. Jadi, perasaan pada ketika itu sangat la EXTREME NERVOUS. Kumpulan saya terdiri dari 5 orang calon yang kesemuanya mempunyai kekuatan dan keunikan masing-masing. Dua daripada mereka mempunyai kelulusan MASTER dan selebihnya mempunyai pengalaman kerja yang luas. Fuh, memang hebat mereka semua. Panel temuduga pada haritu terdiri daripada 3 orang pegawai MARA. Saya tidak mengetahui jawatan mereka dan kepakaran mereka pada ketika itu, kerana tiada maklumat awal yang diperolehi oleh saya sebelum sesi temuduga dijalankan. So I assume pegawai tersebut mempunyai kepakaran dalam hal ehwal ekonomi MARA. Sesi temuduga itu telah berlangsung lebih kurang 20-25Minit.Sesi ini mulakan dengan sesi introduce yourself oleh kesemua calon. Sesi ini dijalankan dengan dual-language iaitu BM&BI, jadi jika panel tanyakan soalan dalam BM, jadi calon lebih elok menggunakan BM dan sebaliknya.  Seperti biasa soalan2 yang diajukan oleh panel seperti KENAPA NAK KERJA DENGAN MARA dan beberapa soalan teknikal berkenaan dengan isu semasa MARA. Jadi disini, pengetahuan yang mendalam berkenaan MARA sangatlah diperlukan. 

Image 7: Borang Senarai Semak Aktiviti Mac. Alhamdulilah selesai kompenen 1 - 3


UJIAN PSIKOMETRIK

Image 8: Inventori Personaliti Sidek

Ujian psikometrik adalah komponen terakhir dalam program MAC ini. So, apa itu ujian psikometrik? Adakah ia untuk menyaiko anda? Hahaha. Actually Ujian Psikometrik ini adalah salah satu dari kaedah yang digunakan untuk menapis calon yang ingin memasuki bidang perkhidmatan awam. Untuk MAC ini, ujian psikometrik yang digunakan adalah INVENTORI PERSONALITI SIDEK (IPS). IPS mengandungi sebanyak 160 Soalan dan jawapannya berbentuk objektif YA/TIDAK. IPS ini bertujuan untuk mengenal pasti ciri-ciri atau tret-tret personaliti individu. Anda boleh google lebih lanjut berkenaan IPS ni. Masa yang diperuntukan untuk menjawab kesemua 160 soalan ini adalah 45minit. TIPS untuk menjawab IPS Ini adalah “Jawab dengan JUJUR”. Ini kerana IPS mengandungi skala penipuan untuk menentukan kejujuran responden dalam menjawab item ujian. Jadi , better jawab semua soalan-soalan IPS ni dengan penuh kejujuran.

Image 9: Appreciation Post di Facebook Personal Saya


Alhamdulillah, Berjaya juga saya menghabiskan semua komponen di dalam program MAC ni. Saya ingin  ucapkan ribuan terima kasih kepada pihak MARA  kerana telah sudi memberikan saya satu peluang untuk menguji kemampuan diri dalam program MAC ini. Insyallah, jika diberi rezeki untuk menjawat jawatan E41 ini, saya akan cuba sebaik mungkin untuk berkhidmat untuk MARA, masyarakat, agama dan negara tercinta. Good luck kepada semua calon.just remember rezeki tak datang cepat atau lambat, yang pasti rezeki tak pernah salah alamat.  Sekian sahaja perkongsian saya. 

Terima kasih.

Image 10: Gambar Kenangan Di MARA-JAPAN INDUSTRIAL INSTITUTE, 19 February 2020. Program Mara Assessment Centre untuk jawatan Pegawai Ehwal Ekonomi E41



Comments

  1. Assalam bro, result dh kluar ke?

    ReplyDelete
  2. Rasanya dah..sbb ramai pegawai mara daerah yang baru

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya kita ad pegi skali mase interview haritue, group yg sama...mmg result dh keluar, kemasukkan bulan september haritue....

      Delete
    2. Brp lama ya dari tarikh iv untuk tahu result??

      Delete
  3. Cik nak tanya, incase kita dilantik, kita akan ditempatkan di pusat mac yg kita lapor diri dlu la?

    ReplyDelete
    Replies
    1. awq dapat tawaran mac 2021 tak ? dia dah emeilkan ke

      Delete
    2. Ade dpt email ke? Sebab saya ni dpt sms je. Dh check nama ade

      Delete
    3. cik nk tnya actually mac ni klaau kita x mohon pun mmg akn dpt ke..sbb saya ada mohon under Uitm saya untuk pembantu tadbir di Uitm Merbok, tiba2 dapat mesej saya dapat temuduga untuk pembantu makmal ke

      Delete
    4. cik nk tnya actually mac ni klaau kita x mohon pun mmg akn dpt ke..sbb saya ada mohon under Uitm saya untuk pembantu tadbir di Uitm Merbok, tiba2 dapat mesej saya dapat temuduga untuk pembantu makmal ke

      Delete
  4. Salam nk tnya ..keputusan temuduga mara selalunya berapa bulan yew? Ke bergantung?

    ReplyDelete
  5. salam nak tanya,kalau kita tidak dapat hadir,nama kita akan diblacklist ke?

    ReplyDelete
  6. Salam nak tanya, macam mana kita nak tahu kita lulus atau tidak masa kita jawab online test

    ReplyDelete
  7. ada yg tahu group telegram untuk e41 mara x..

    ReplyDelete

Post a Comment